KUALA LUMPUR: Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya mengingatkan masyarakat agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju menerima dos penggalak atau tidak.
"Sekiranya terlepas tarikh janji temu yang diberikan, adalah disarankan agar menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam sebanyak 3,944,858 dos penggalak COVID-19 telah diberikan sejak pemberiannya diluluskan pada November lepas.
Katanya, ia dimulakan dengan kelompok tertentu iaitu individu berusia 40 tahun dan ke atas; individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi; penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu mengandung dan individu dengan keperluan ke luar negara.
Mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu COVID-19 hari ini kembali menurun di bawah paras 4,000 iaitu 3,900 kes, berbanding 4,097 kes semalam.
Beliau berkata kes sembuh pula merekodkan 4,552 kes.
"Daripada 3,900 kes baharu dilaporkan hari ini, 86 kes atau 2.2 peratus adalah dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala 3,814 kes atau 97.8 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua," katanya.
Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju menerima dos penggalak atau tidak. - Gambar fail/BERNAMA
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM perluas sistem janji temu di fasiliti kesihatan primer melalui MySejahtera
Sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing.
Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera - KP Kesihatan
Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu.
Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.
55,017 rakyat Sarawak sudah terima dos penggalak, periksa MySejahtera untuk janji temu anda
Berdasarkan data JKNS, setakat 28 Oktober 2021, seramai 55,017 penduduk di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.
Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech
Ia bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.
Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri dan cawangan pejabat pos.
3,600 penerima vaksin 'walk-in' hadir di PPV KLCC pada hari pertama
Hari pertama pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' berjalan lancar di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang, pada Isnin.
CITF umum 9 PPV 'walk-in' di Lembah Klang
Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau "walk-in" tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.
Janji temu dos kedua vaksin COVID-19 di empat PPV Lembah Klang diawalkan - CITF
Janji temu bagi penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang yang dijadualkan pada 8 Jun ini diawalkan ke 7 Jun di dua PPV baharu.